Monday 5 December 2011

04-Disember-2011 (Ahad)

Abang, pagi ni mami ter-over shot bangun tido.  Pukul 11pagi baru mami bangun.  Heheheee sori abang.  Kerana cuaca pun hujan satu hari ni, jadi mami dan anak2 santai ajer kat rumah.
Fit pula suruh mami masak bubur macam abang masak.  Alamak, camane sayang, bab itu mami belum belajar dari abang.  Tapi untuk tidak menghampakan harapan anak, mami masak jugak mami punya style.  Kira ok jugak lah.  Malam hantar Adik balik.  Sampai rumah pukul 9.30mlm, lepas sholat isyak terus mami bam-bam.

03-Disember-2011 (Sabtu)

Abang, agi ni mami bangun pukul 5:30pagi.   Mami sapu, mop, cuci bilik air.  Semestinya sebelum buat itu semua, mami sholat subuh dulu ;) 
Ambik adik pukul 9 pagi keluar rumah.  Singgah sekejap kat Bukit Gombak, beli sarapan roti prata, hotdog.  Sampai rumah, rilek.

Thursday 1 December 2011

2-Disember-2011

Abang, pagi ni mami terkejut dari tidur pukul 3 lebih pagi.  Mami seakan terdengar ketukan pintu bilik tidur kita 'knock, knock'.  Mami bangun buka pintu, ;) tak ada orang.  Zamri pulak kerja malam.  Rumah cuma tinggal Fit & mami.  Dua anak tua tu belum berbual lagi, masing2 tengah melayan perasaan mereka.  Mami biarkan ajer. Oh ya, semalam kat ofis, mami print gambar abang dan tampal di bilik supaya anak2 tak akan lupa abang.  Mami sayang dan rindu sangat2 pada abang.
Abang, tadi abg latif-svitzer call kata ada satu single man nak sewa bilik.  Tapi mami belum kasi kata putus.  Mami kata suruh kasi mami masa bincang dengan anak2.
Balik kerja mami rasa penat sekali.  Mami tidur pukul 11malam.