Wednesday 30 November 2011

01-Disember-2011

Aku bangun pukul 5:30pagi.  Ambil seluar Abang dan cuci.  Bila aku sampai rumah, Zamri memohon maaf kepada aku kerana telah menyepak Fitri di atas kelancangannya.  Aku dudukkan mereka di hall dan menyuruh mereka selesaikan masalah mereka seperti orang dewasa.  Aku tidak mahu ada kebencian dalam keluarga aku.  Aku kini sudah hilang separuh dari jiwa aku, aku tidak mahu masalah anak2 aku membuat aku lebih pusing.  Abang, mami tahu kini Abang tengah sakit melawan penyakit Abang.  Kuatkan semangat Abang, mami mendoakan moga Allah memberi Abang kekuatan zahir & batin, sayangku.
Waktu lunch time, Abg Nasir belikan aku mee goreng.  Menangis aku bila memakannya kerana mengenangkan suamiku sedang melawan penyakitnya dan pastinya dia berada dalam kesengsaraan.  Ya Allah, ampunkan dosa2 Imran Bin Alias, kuatkan semangatnya dan kuniakan rahmat-Mu padanya.... Amiiiin Ya Robbal 'Alamiiin

30-November-2011

Pulangnya aku dari lunch, pukul 2:30 Aida mengatakan Zamri called.  Aku telefon Zamri kembali.  Tersentak aku bila dia mengatakan Uncle di bawak pergi.. aku kelu tak terkata.  Aku hanya mampu mengeluh dan mengharap Abang akan menelefonku.  Alhamdulillah, doaku dimakbulkan Allah.. Pukul 4 lebih, Abang telefon ofis.  Dia tanya samada aku mahu menunggunya.  Tanpa berfikir panjang aku menjawab "Iya abang, mama tunggu!" Abang tak kasi aku menangis.  Abang suruh aku anggap pemergiannya seperti telah pergi berubat.  Dia suruh aku berjanji untuk menjaga diriku and anak2 baik2.  Aku berjanji namun aku tahu jauh di lubuk hatinya dia takut aku akan berubah hati kerana perjalanannya sangat jauh kini.. Aku hanya mampu berserah dan yang pasti aku amat merindui suamiku, Imran Bin Alias!